Alhamdulillah... Tuan tanah kali ni dijemput untuk membuat umrah di Mekah dan ziarah Madinah. Rombongan kami kali ni menggunakan khidmat Batuta Travel. Tiket kami berharga RM7100. Kepada sesiapa yang berminat boleh la berhubung ngan pihak Batuta. Saya tak de dapat apa pun. Cuma mungkin ada yang akn bertanya, amik pakej mana? Travel agency mana? So, sebelum korang tanya, tuan tanah jawab siap2.
:)
Sempat posing kat depan Pameran The Beautiful Names of Allah. Pameran ni dibuat kat tepi Masjid Nabawi jer. And best of all, it's gratis. Masuk percuma la. :) Alhamdulillah. Tu orang kata rezki kan? Tak semestinya kita dapat duit banyak baru nak kata rezki. Kebahagian, kesihatan juga merupakan rezki Allah pada kita. Macam tuan tanah ni pun, rezki dapat mengerjakan umrah pada umur 34 tahun. Alhamdulillah..
Semasa kat sana, my sister yang tinggal kat Riyadh pun sempat berkunjung ke Mekah untuk berjumpa kami. Mereka juga sempat mengerjakan umrah untuk kali ke...ntah. Sebab mereka tinggal berhampiran and of course la setiap bulan boleh melawat Rumah Allah ni. Alhamdulillah, itu rezki mereka kan?
Betul kata orang, masa muda ni la pergi buat haji atau umrah sebab kalau dah tua2 tu takut x larat. Korang akan banyak berjalan bila nak tawaf dan saei. Kalau boleh kena kuat stamina tu dulu sebelum datang. :)
Tuan tanah tengok dalam iPhone steps counter, 27000++ untuk setiap kali umrah. So, korang fikir sendiri la camner. Kalau kat umah ni, ada tak korang jalan sebanyak tu? Haa... fikir2kan la.
Ni selepas solat. Kita posing jap kat tepi Masjid Nabawi.
Ni pulak kat Jabal Rahmah. Kata orang bagi yang belum dapat jodoh, sila la berdoa di sini. InshaAllah, makbul.
:)
Ini pulak tuan tanah sempat selfie depan Kaabah. Semoga umrah di terima dan segala doa-doaku dan juga doa kiriman sahabat handai di makbulkan. Amiinn..
InshaAllah, kalau ada rezki lagi...akan ku kembali lagi ke sini.
No comments:
Post a Comment