Tabung Travel Ku. Klik The link Please..

Wednesday, December 21, 2016

Skin Care yang korang guna sekarang?

Hi semua!
How are you? Just nak tanya pendapat, korang guna skin care apa sekarang?
Tuan tanah baru nak try Tati Skin Care. Sebab Cikgu-Cikgu kat sekolah banyak yang guna and muka diorang memang nampak peloles hokey.. And tu buat I teruja nak try. Kalau sebelum ni tuan tanah ni guna WonderGlow. WonderGlow pun HD Essence memang mabeles tau. Tapi selalu abis stok. Tu yang buat customer lari. So, memandangkan tuan tanah nak try yang baru, kita try Tati lak. Harga dia kat kotak RM120. Kecik je cream2 dia kat dalam tu. Kalau tenyeh bebanyak dlm 2 weeks dah abis la.
Tadi baru try cuci muka and day cream and sunblock dia. Wowww! Memang best bau dia. Tuan tanah tak pernah pakai skin care yang bau-bauan yang kuat cam gini. Tapi mungkin boleh jadikan aromatherapy la kot. Untuk inner beauty.
Malam ni kita try yang night cream and treatment cream lak. Tuan tanah dah amik gamba sebelum pakai cream. Nanti kita tengok hasil dalam masa 2 weeks lagi ok?

Sunday, November 27, 2016

Notebooks obsession

Hi all...
Just want to wish, Happy Holidays!
Tuan Tanah ado extra class next week. So, xde la holiday sangat. Cuma holiday this week je. 30/11 ni pulak my youngest son Aqil kena operate untuk buang besi kat peha dia. Pejam celik dah cukup setahun lebih kami accident.
Tapi papepun, Alhamdulillah everyone is getting better.
Kat bawah ni ada gamba notebook baru sampai yang di order kat web DeXandra. Cun kan? Maaf la tuan tanah ni memang gila kumpul notebook. Kat dalam bilik atas berlambak lagi notebook yang belum diguna. Hahaha... Biasa la... Gila orang ni lain. X sama. Setengah orang obses tentang emas. Ada orang obses nga jam. Yang lain lak obses ngan gajet. Tapi tuan tanah obses ngan semua kat atas. Aci tak? Ok la.. out lu.
Mmmuuuuuaaahhh!
Later bebeh...

P/S : Sesapa yang nak order perfume DeXandra, sila whatsapp no. 0189115969. Hakak bagi harga kasih sayam hokeyy!

Monday, November 21, 2016

Annual Dinner SKPB 2016.

Assalamualaikum semua.
How are you today?
Just want to share what had happen last night. My school had our Annual Dinner at Perdana Hotel , Kota Bharu. The food was good. Tapi ikan stim dia kecik sangat. 2 kali ngap, abiss...
So, enjoy the pics.

Thursday, November 17, 2016

Tahniah pada yang berjaya

Alhamdulillah Sekolah Kebangsaan Pak Badol dapat jugak seorang murid yang dapat 6A. Tahniah Farawahida.
Murid yang mendapat 5A pula Ammar, Zamir dan  Khairi.
Murid yang mendapat 4 pula ialah Uwais dan Damia.

Keputusan tahun ni memang mengejutkan. Mereka adalah hasil produk KSSR yang pertama. Mereka kohort pertama.

Bagi yang tidak berjaya, teruskan usaha anda. Perjalanan hidup anda masih jauh. Ini baru permulaan.
Jangan putus asa tau!?
Keep it up!

Wednesday, November 16, 2016

Nebes tak?

Assalamualaikum semua...
How are you today? Arapnya sihat la yerr. Esok dah nak keluar keputusan UPSR 2016. Nebes tak?
Hopefully we'll get good results. Walaupun mungkin tak sehebat tahun lepas, at least ada la yang boleh di banggakan. Betul tak? Esok keluar la result untuk calon 2016. Good luck!

Haa... Pasal Chia Seed. Korang pernah makan tak? This is my first time eating the chia seed. Kalau korang nak tau pasal kelebihan, sila la google hokeyy. Tapi antara kelebihannya ialah
1. Dapat merendahkan kolestrol
2. Baik untuk pesakit darah tinggi / kencing manis
3. Weight management (part paling tuan tanah suka).

I bought the chia seeds from online store. It's cheaper la. Dalam katalog cosway pun ada. Letak je 1 sudu dalam jus atau air kosong. Minum. Apa salahnya mencuba kan?

Monday, November 14, 2016

Surprised?

Assalamualaikum semua.
How are you today? Just nak share apa yang berlaku semalam.
Mula-mula skali nak bagitau, semalam ada majlis jamuan untuk pengawas pustaka. Di adakan kat KFC Bachok. Macam biasa, tuan tanah hanya jadi driver. Tapi ok la, leh makan pree. Tuan tanah kalau bab makan ok je. No hal. Kikiki... Sebab tu orang panggil perempuan tua yang gemuk tak sedar diri. Hahahaha... Memang sesuai sangat kan Kak Zon? Eh... Kak Ton la...
Then... Otw tu ada la laki penyayang Cikgu Emi sekolah i call. I pun xtau dia amik no.i dari sapa. Dia nak buat surprise untuk isteri dia. Dia dah belikan iPhone 7 untuk isteri dia. Then, singgah la amik fon tu kat tepi jalan Melor. Untung la badan. Laki hadiahkan iPhone. Ko hader? Xder kan? Sama la kita.
Ok next... Pepagi sebelum pergi makan KFC tu, sabun kopi yang tengah hot skarang ni yang di jual oleh Cikgu Rozielah sekolah i pun sampai. Korang dah pernah rasa? Bau dia sebijik cam kopi. Tuan tanah ni memang penggemar kopi. So memang puas ati ah pakai. Scrub kopi. Korang tak tau apa kelebihannya? Sila la google hokey..
Then apa lagi?
Hmmm... Rasanya tu je kot untuk kejadian semalam. Till we meet again.
Bye!

Wednesday, November 9, 2016

5 Days in A Week.

Hahaha... Tuan tanah tau ado ore menyampah tgk muka tuan tanah. Tapi tetap nak upload gak gambar sebab ni kan blog sendiri.

Nahhh... Ambik!
Ni gamba tuan tanah untuk 5 hari untuk minggu ni.

Hadamkan.

Sunday, October 23, 2016

Hey You Stalker!


Hey you! Yes you!
Ko stalk I eh?
Kenapa ek?
Minat I la tu... tak nak ngaku. 
Kalau tak, tak kan ko boleh tau semua pasal I?
Kalau tak nak sakit hati, jangan stalk blog orang. 
Ada faham?

I tak kacau u. So, minta jasa baik, jangan kacau I.

Jangan mendabik dada dengan apa yang kita ada @ miliki sekarang. Semua tu hanya pinjaman dari Nya. Bila-bila masa jer DIA boleh ambil.
- Peringatan untuk diri sendiri -

Visit Vietnam

Holaa... Korang mesti rendu gilos kat tuan tanah kan? 
Tuan tanah ke Ho Chi Minh City. 
Bukan apa sajer je ikut Tuan Amri (my sister's friend) and the geng.
This was my first time to Vietnam.

Kat atas tu gambar kami yang ke sana. Kebanyakan kakak-kakak dari SMK Bachok. Isteri bekas pengarah pun ada. So, kira cam group mak-mak datin. For me, bakal Datin J. Hahaha... Aamiin. InshaAllah. Well, mana la tau kan? 

 
This picture was taken on the first say.
The road was always busy with motorbike. Honking each other.
Sebelum ke sana, tuan tanah pergi tukar duit dalam 3 juta Vietnam Dong gak. So, kira tuan tanah ni jutawan la sebelum pergi sana. Tapi bila pergi sana dah jadi cam papa kedana sebab banyak sangat shopping. Sampai kena swipe card lagi. Nasib baik la kedai Rohani Textiles tu boleh swipe. Kalau tak, tak dapat la tuan tanah nak borong tudung Naelofar. Kan...?

Tuan tanah suka gamba ni, sebab ada benda rare tu yang paling atas. I sendiri pun tak tau apa fungsi 'mugo' tu. Then bila kami ke pasar malam kat tepi hotel tu nampak, diorang guna benda tu untuk cucuk-cucuk batang sanggul yang cantik-cantik tu. Laa... kreatif jugak la kira nya kan. Menggunakan semua yang ada kat sebatang pokok.
Kalau bab makan kat sana, mudah la jugak sebab kat depan hotel kitaorang tu ada 4-5 restaurant halal. Cuma rate untuk makan tu kira mahal la jugak. Skali makan abis la dalam RM25-RM30 seorang. Tapi kalau bab shopping, memang superb ah. Memang recomanded untuk shophaholic cam I. Tambang untuk ke sana, saya habis dalam RM800. Tu semua untuk pengangkutan (flight KB-KL-Viet-KL-KB), pengangkutan kat sana (ada van mai jemput kita masa kat airport) dan penginapan untuk 3 hari 2 malam. Kira cam ok la kan? Takder la mahal sangat.
So, rasa nak gi tak? Jom kita start saving and mana tau leh ke Vietnam lagi.
Kopi Sedap Vietnam yang jual atas motor tu memang best. RM3 je segelas.
Apa lagi yang korang nak tau?
Rasanya tu je kot.
Jumpa lagi di next entry.
* Tuan tanah tau ada orang baca and kutuk tuan tanah. Tapi nak buat camner, itu hak dia. Tapi sedarlah, anda sendiri takder la hebat sangat. Suam suam kuku jer. Tuan tanah jarang kutuk orang. Tapi kenapa tuan tanah selalu dikutuk?

Wednesday, September 28, 2016

Stok baru dah sampai..

Haa... Sesapa yang berminat nak order perfume DeXandra, boleh la PM @ whatsapp tuan tanah hokey...
 
Hero melaya tuan tanah sedang tolong buat stock check. 
Tq abang. Nati mama blanja bila mama dah jadi jutawan DeXandra. Aamiin!


Friday, September 16, 2016

M officially 35 today

Alhamdulillah.. 
Masih bernafas sehingga berumur 35 tahun. 
Sila fokus kat tarikh, bukan nama pengantin. Selamat Pengantin Baru Eeka & Hanif. 
To all my family and friends.. Thank you very much for the wishes and love. 
I love u all. Tq. Tq. Tq. Muuuuaaahhh! 
To my sister, hope to see u again next year. Have a safe flight.  

Sunday, September 11, 2016

New kittens

Yeayy... Our stray cat just gave birth to 3 cute kittens this morning. 
What name we should give to these kittens?

Wednesday, September 7, 2016

Birthday Present in Advance

Yeayyy...
 Today I've received a box from my pen pal in Japan, Miho. It's for my birthday present.. If you're reading this, TQ Miho.
My first birthday present for this year. 
 

Wednesday, August 3, 2016

De'Xandra Perfume

Assalamualaikum semua...
Kali ni tuan tanah nak share new obsession. Nak tau apa? Perfume De'Xandra, bau yang mewah tapi mampu milik.
Kalau ada yang berminat boleh la PM ke 0189115969.
Harga sangat berbaloi ngan apa yang you akan dapat. Perfume ni tahan lama. Dari pengalaman tuan tanah ni, sembur pagi sebelum pergi sekolah (6.30 pagi) sampai ke masa nak balik sekolah ( dalam pukul 2 petang) pun ada lagi kengkawan yang tegur. "Ji masih bau wangi la!".
Itu yang buatkan tuan tanah percaya pada De'Xandra ni. Terus jatuh chenta. 

Kalau sebelum ni tuan tanah selalu beli perfume mahal2 (RM200-RM400) sebab memang gilakan minyak wangi.Tapi bila dah lepas guna yang ni, memang dah tak beli yang mahal. Sebab bau dia sama je ngan yang ori. Sekarang dah try 3 botol ( Chloe, VIP 212, & Salvatore F.-Incanto Shine). Paling wangi and sweet baunya Chloe.
Nanti nak try Lancome and Bomshell lak.

So, kepada sesiapa yang berminat boleh la hubungi tuan tanah ni yerr... atau whatsapp / telegram no.di atas ok?

I like tagline De'Xandra ni.

"If you can't be rich, at least smell expensive"

Friday, July 29, 2016

Pantai Irama Bachok

Assalamualaikum. 
Semalam kami ke Pata Irama Bachok. 
Dah lama tak ke sana. 
 
Ramai la jugak orang kat sini petang Jumaat cam gini. Pastu sebelah petang lak ada Pasar Malam. Sempat la beli makanan ringan and jalan-jalan area pasar malam tu. Pantai Irama ni dekat sangat ngan rumah tuan tanah blog ji. Kami dulu orang Bachok. Ore pata. Sebab ma and abah kami kerja kat Bachok. So, kira cam mengimbau kenangan lalu la ni. Kikiki... Ma and kak i cakap dah banyak perubahan berlaku kat sini. 
My mum sempat lagi berposing. 
My sis and her daughters. 
Tuan tanah yg semakin montel. Sila abaikan pipi tembam muka bulat tu yer. Hahaha...


Friday, July 22, 2016

Raya pics.

Oh lupa nak upload Raya Pics. 
So, here are those pics..
Me and the love of my life - my sons.
My brother's family - Arif
My sister's family - Amy.
Me and my mother. 





Thursday, July 14, 2016

Syaz surprise party planner

Hello u alls! 
Pernah tak terfikir Nak surprise kan yang tersayang? Tak kira la En. Suami ke, ayah ke, ibu ke, ank2 ke, kawan2 ke... Sesapa je la. Haa.. Ni nak tlg promot skit (walaupun xdpt apa2 dari syarikat tu, tapi mmg puas hati ngan service diorg), Syaz Surprise Party Planner. Korang leh cari dalam IG. Tuan tanah ni tak de FB so, tak tau la diorg ada FB ke tak? Sila la surf sendiri. Service yang di sediakan untuk dalam negeri Kelantan je kot. So, yeayy... Sebab selalunya susah nak cari service2 cam gini kat area sini kan? 
Harga bergantung pada apa yang anda nak. Kalau nak add cake pun boleh. 

So ni ha contact dia. 
Kalau berminat leh la contact. 
Korang nak tengok tak contoh2 surprise dia? 
 
Dan lagi... 
 
Dan lagi... 

Ok enough.. Kalau nak tgk lagi sila lah ke instagram diorang yerr... 

P/S: Buat Syaz, tqvm for the service.  Love it. Muuuaaahh... 

Tuesday, June 28, 2016

Kad Raya?

Assalamualaikum... 
Hari ni hari yang happy untuk tuan tanah. Nak tau kenapa? Tuan tanah dapat ni... 
 
It's been a long time I didn't receive any greeting cards especially for Hari Raya Eid by post. People are busy with e-cards, sms, whatsapp or other media social greetings but for me, receiving mail via snail mail (I mean stamps and Mr.Postman) is still one of the best feeling in the world. Thank you very much for the person who sent this card for me. I don't know whether you read my blog or not but THANK YOU. #ailabiu lah KiKiKi... 
Korang ada dapat kad raya tak tahun ni? Hahaha.. Sila cemburu ngan tuan tanah hokeyyy!! 
Ok.. Tu je untuk entry kali ni. Jumpa lagi.. Out lu!

Tuesday, June 7, 2016

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum semua. 
Minggu kedua cuti. Hari ni hari kedua berpuasa. Sorry la lambat wish kat korang. Iskk.. Ado ke yang baca blog ni? Argh.. X kisah ah. Selamat berpuasa bagi yang beragama Islam. 
Cuti sekolah last week... Sempat la ke Popular Bookstore kat Aeon Mall KB. Sempat la beli buku ni... 
 
Korang pernah baca? Best tak? Tuan tanah ni memang pantang tengok Cecelia Ahern punya buku. Mesti nak beli. Tak habis baca agi. Baru baca beberapa pages. Masih rasa suam2 kuku. X panah enjin lagi la kato ore Klate gak. 
Papepun... Selamat berpuasa. Selamat bersahur. Selamat beramal. Selamat membaca. 
Out lu.. Sup kentang dok atas dapur. Tak leh nak online lelama. 
Muuuuaaahhh... 

Saturday, May 28, 2016

Happy Holidays

Hello there.. 
How are you? 
Me? Bored. Because the school holiday has start. Lots of extra classes. Lots of work to be done. 
Just got back from Aeon Mall. Bought these. WonderGlow. New facial care. Yippie... 
I want to try new skincare.
The price is RM99 for basic set. Then I bought the serum and essence. 
For skin moisturizer. 
Hope my skin will be better. 
Rasa jerawat makin banyak la bila amik pil ni. Maybe hormon x stabil kot. 
InshaAllah everything will be better later.

Wednesday, May 18, 2016

Just because...

Hello lovers and haters.
How are you today?
I'm ok. I'm good. I'll survive. No worries. 
Been there. Done that.
Ok.
out
.

Monday, May 16, 2016

Happy Teacher's Day 2016

Selamat menyambut hari guru utk semua warga pendidik. 
Kalau ada tema kan best? 
 
Tema Zaman Melayu  
Tema Retro

Tema Pekerjaan
Tema Biru
Tema Budak Sekolah... And macam2 lagi tema. Tapi sekolah tuan tanah, hanya tema caca merba. 
Tahun ni rasa hambar je. Xde aktiviti yang best rasanya. Persembahan pun biasa2 je. Karaoke pun xde. Ntah la... X leh nak komen bebanyak. 
Cair make up mak tau nyahh...  Asyik dok main sukaneka kat padang je. 
Ok la. 
Out lu.
.